Tuesday, October 14, 2014

SISTEM RANGKAIAN

PENGENALAN

1969-1970
Advance Research Project Agency Network (ARPANET) dibangunkan dengan tujuan untuk menghubungkan komputer-komputer yang letaknya berjauhan agar tetap dapat bertukar data-data.


1972
Roy Tomlinson menyempurnakan program emel yang menggunakan @ untuk penyelidikan ARPANET

ARPANET diperluaskan ke University College di London




1972
Vinton Cerf dan Bob Kahn - pengasas ide rangkaian antarabangsa
(International Network) iaitu Internet.

 Bob Kahn

Vinton Cerf

1979.
Tom Truscott, Jim Ellis, dan Steve Bellovin  menciptakan Newsgroups pertama -  USENET (User Network). 
Tom Truscott,

Jim Ellis

Steve Bellovin
1981
France Telecom mencipta dan melancarkan telefon televisyen pertama dunia - pengguna dapat saling menelepon sambil berinteraksi dengan video link




1982
Jawatankuasa Transmission Control Protocol (TCP) atau Internet Protocol (IP) mencipta protokol rasmi yang dapat diakui dan diterima oleh semua rangkaian





JENIS RANGKAIAN

WAN- 
Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network – WAN) menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya, contohnya menghubungkan Florida, Amerika Syarikat dengan dunia.
Rangkaian WAN berupaya menghubungkan sekolah-sekolah di Florida dengan tempat-tempat lain di dunia contohnya Tokyo dalam hanya beberapa minit sahaja, tanpa perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil telefon. Namun begitu, rangkaian WAN ini agak rumit dan kompleks. Ia memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung dengan komunikasi secara global dan antarabangsa seperti Internet. Secara lahirnya, rangkaian WAN kelihatan hampir serupa dan tidak banyak bezanya dengan LAN atau MAN.
Rangkaian Kawasan Luas yang tipikal memgabungkan dua atau lebih Rangkaian Kawasan Setempat dan biasanya melibatkan suatu kawsan geografi yang luas. Contohnya, satu syarikat yang mempunyai ibu pejabat di suatu tempat, kilang di suatu tempat yang lain dan gabungan pemasaran di suatu kawasan yang agak jauh dari kedua-dua kawasan tersebut.



Rangkaian Komputer Metropolitan(Metropolitan Area Network-MAN)

1 Meliputi suatu kawasan georgafi yang lebih luas berbanding dengan LAN - bandar atau gabungan beberapa buah sekolah

2 Menyediakan perkhidmatan yang lebih dari LAN - gabungan suara, data, imej dan video.
3. Sistem ini boleh dihubungkan melalui kabel telefon, kabel khas rangkaian atau tanpa kabel (menerusi gelombang atau satelit).

Ciriciri MAN
1 sambungan melebihi 100 buah komputer
2 menggunakan gentian optik

3 menjangkau seluruh bandar - Putrajaya dan Cyberjaya




RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT

LAN (LOCAL AREA NETWORK)
1. Sekumpulan komputer dan peranti  yang disambungkan di kawasan fizikal yang kecil seperti sebuah bangunan, rumah, pejabat, atau sekumpulan kecil bangunan seperti sekolah atau lapangan terbang.
2. Bentuk LAN yang paling mudah dua buah komputer berhubung menerusi wayar atau tanpa wayar





RANGKAIAN KAWASAN PERIBADI
Personal Area Network (PAN)
1. Rangkaian yang digunakan oleh perseorangan untuk komunikasi antara peranti komputer
2 . Meliputi kawasan beberapa meter yang terdiri daripada peranti wireless seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak PDA, telefon selular, dll

3. Boleh dibuat melalui port USB, Port FireWire, infrared dan bluetooth



RANGKAIAN PERSENDIRIAN MAYA
Virtual Private Network - VPN
Menggunakan infrastruktur awam dan internet untuk akses yang lebih selamat antara ibu pejabat dan cawangan-cawangannya.
Menggunakan terowong untuk memastikan data terjamin.Digunakan oleh bank dan syarikat yang berskala besar